21.6.11

SAYANG KAMU...

R................................ Realitinya

E................................Engkau

M..............................Masih

A..............................Ada

J...............................Jiwa

A.............................Anak-anak Kecil.


"KERNA DIRIMU BEGITU BERHARGA.
KERNA DIRIMU MASIH MUDA. 
KERNA DIRIMU DI AWAL REMAJA.
ADA PERKARA YANG INGIN KAU MENGETAHUI DAN BERTANYA.
ADA RENTAK YANG INGIN KAU CUBA DAN KAU AKHIRNYA TERDUGA.
KERNA JIWA DAN GERAK DAYAMU PENUH LIKU DAN PANCAROBA."
 
Jangan kita leka dengan dunia muda kita kerna tanpa sedar entah esok atau lusa segala pinjaman dariNya buat diri kita akan ditarik kembali tanpa kita duga.. NAMUN KITA WAJIB BERSEDIA. JANGAN MENANTIKAN SAAT WAKTU HIDAYAH DATANG HADIR PADA DIRI KITA TANPA KITA CUBA BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA. HINDARI DIRI KITA DARI LEKA DAN TERUS TERLEKA ~muhasabah diri bersama~

29.3.11

Antara Kita - Cinta dan Rindu

Di saat rasa kerdilnya diri,
Ada bayangan resah yang hadir,
Menadah tangan,
memohon ampun dari Yang Tertinggi.

"Tuhan,
Kau Ampunilah aku,
Aku ini Insan yang lemah dan hina,
kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku
kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku,
pengorbanan mereka terlalu besar bagiku,
moga aku berpeluang membalas segala jasa mereka,
 Ya Rabbi, Kau berikanlah kekuatan kepadaku
kepada seluruh Saudara-maraku
agar kami sama-sama kuat mempertahan agama yang tercinta ini,
YA Allah,
Ku sedar perjuangan hidup ini masih belum selesai,
Setiap detik dan waktu,
ada titik noda hitam yang melekat pada jiwaku,
ada langkah yang musnah kerna kelalaianku,
kau ampunilah aku,
juga seluruh saudara-maraku...
pimpinlah daku ke jalan yang diredhaiMu ya Allah"

Penawar keresahan,
Dialunkan zikir,
membasahkan bibir menyebut namamu Ilahi

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu Akbar"

muhasabah diri,
menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.






video



(bersambung...)

18.3.11

Dua Situasi

Bahasa Iklan

Bahasa iklan merupakan bahasa yang ringkas dan padat. Namun, terdapat beberapa iklan yang salah menggunakan perkataan sehingga iklan yang ingin disampaikan tidak dapat difahami oleh pengguna. Contohnya, Apabila saya terbaca sebuah iklan yang terdapat dalam sebuah akhbar. Iklan tersebut telah mempromosikan jualan kereta jenama tempatan. Namun, terdapat sebaris ayat yang salah. Ayat tersebut ialah “ Datanglah segera. Harus milik sekarang”.
Harus milik sekarang’ merupakan satu perkataan yang salah kerana membawa makna yang sukar difahami dan membawa makna yang berbeza. Sepatutnya, ayat yang betul yang harus digunakan dalam iklan ini adalah harus milikinya sekarang yang membawa makna penegasan kepada pembaca bahawa produk yang dipromosikan oleh mereka dapat dimiliki oleh pengguna. Namun, jika mereka menggunakan ayat harus milik sekarang akan membawa makna harus merupakan milik sekarang. 



Batik Melambangkan Budaya Kita

Hari ini saya terbaca satu artikel tentang batik. Berikut merupakan keratan artikel yang saya ambil,
Industri batik negara bernafas semula Oleh Pauzi Mohd Isa

Apa yang selama ini menjadi identiti bangsa sebagai warisan tradisi wajar dipertahankan terutama membabitkan seni dan budaya tempatan. Contohnya seni batik tempatan yang terkenal bagi masyarakat Melayu suatu ketika dulu.

Seperti diketahui jiwa sesuatu masyarakat selalunya digambarkan menerusi seni yang dihasilkan, apa lagi menjadi lumrah sifat manusia suka menerangkan sesuatu menerusi seni.

Kita perlu akui hakikat seni dan budaya tempatan adalah komponen penting yang perlu dipertahankan ketika Malaysia menuju ke arah menjadi negara maju.

Pemimpin kita sering menyatakan kebimbangan dengan penghayatan masyarakat terhadap kesenian dan budaya tempatan yang semakin menurun. Tidak ada gunanya jika Malaysia maju dengan mengambil kira nilai asing yang ada kalanya bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam.

Sehubungan itu, langkah kerajaan mewajibkan pemakaian batik kepada kakitangan awam dan anggota pentadbiran negara kecuali anggota badan beruniform seperti polis setiap Sabtu berkuat kuasa 1 November lalu adalah antara tindakan bijak dan tepat pada masanya demi memperkasa seni tempatan negara.

Usaha ini bukan saja memartabatkan kembali seni batik, ia sekali gus menjadi wahana kepada pembangunan perusahaan batik tempatan secara menyeluruh di negara ini yang keadaannya kini bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Sabtu, 27 November lalu lebih 900,000 kakitangan awam di seluruh negara mula mengenakan persalinan batik ke pejabat bagi memenuhi arahan kerajaan itu sebagai pakaian rasmi pada Sabtu bekerja.

Dalam pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 9 November lalu, ia telah menggariskan bahawa batik yang hendak dipakai mestilah batik keluaran tempatan.

Ketika merasmikan festival batik di Kuala Lumpur Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata sudah sampai masanya industri batik tempatan yang kita usahakan secara turun temurun, kembali berdaya maju seperti yang pernah dilalui sebelum ini, dan batik pernah menjadi industri utama orang-orang kita (Melayu) terutama di sebelah Pantai Timur.

Bertitik tolak dari festival batik itu, ia telah membuka lembaran baru kepada industri ini. Apatah lagi mendapat sokongan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Endon Mahmood, juga penaung Pergerakan Batik Malaysia bagi merangka tindakan ke arah membawa batik kita ke persada dunia.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata arahan pemakaian batik selaras usaha kerajaan menyokong mengembangkan industri batik di negara ini. Ia sekali gus mempopularkan semula pakaian itu yang semakin dilupakan.

Rentetan itu, hasrat kerajaan akan merangka dasar khusus mengenai pembangunan industri batik bagi menonjolkan identiti warisan bangsa itu pada peringkat nasional mahupun antarabangsa, amat dialu-alukan demi memelihara warisan budaya sezaman kita.

Hal yang demikian telah memberi petanda positif kepada industri batik yang biasanya diusahakan secara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang selama ini semakin malap jika sesuatu tidak dilakukan oleh kerajaan.

Sesungguhnya, langkah mewajibkan pemakaian batik telah memberi nafas baru kepada perkembangan industri batik negara untuk berkembang maju. Dengan ini ia diharap dapat meningkatkan ekonomi pengusaha batik secara kecil-kecilan khususnya di luar bandar yang kebanyakannya dipelopori orang Melayu di Pantai Timur.

Melihat kembali sejarah dan asal-usul batik, Ila Keller dalam bukunya, Batik: The Art and Craft, menyatakan seni batik berasal dari Mesir sebelum tersebar ke Iran sejak lebih 2,000 tahun dulu.

Di rantau Asia Tenggara, batik mula diusahakan oleh penduduk Indonesia sehinggalah pada kurun ke-17 apabila Kesultanan Mataram memilih batik sebagai pakaian rasmi dalam adat istiadat istana.

Sejarah industri batik di Malaysia pula mula dirintis pada 1911 oleh seorang rakyat Kelantan, Su Ishak yang membawa pekerja dari Indonesia untuk bekerja di bengkel batiknya sehinggalah ia berkembang hingga ke hari ini.

Justeru, sebagai warisan tradisi khazanah budaya bangsa, seni batik perlulah dipelihara agar keindahan yang terpancar melaluinya tidak terus dilupakan generasi selepas ini.

Sejak dulu, fungsi batik tidak pernah berubah iaitu sebagai busana bagi kaum Hawa dalam menggayakan apa saja fesyen yang digemari mengikut peredaran zaman.

Di kalangan kakitangan awam, tradisi pemakaian batik pernah dilaksanakan ketika kepemimpinan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sehingga batik ketika itu terputus bekalan berikutan sambutan cukup memberangsangkan daripada pekerja awam.

Ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau pernah menggalakkan kakitangan awam memakai batik pada Sabtu bekerja tetapi amalan ini seketika saja apabila ia lenyap secara beransur-ansur tanpa disedari.

Selain meningkatkan tahap ekonomi pembatik sedia ada di negara ini yang rata-ratanya pengusaha Melayu, industri ini juga berpotensi menarik kedatangan pelancong ke Malaysia dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan negara.

Ternyata, arahan kabinet ini dapat memberi sinar baru kepada pengusaha batik tempatan agar mereka dapat menghasilkan produk yang lebih ke hadapan terutama dari segi jenis corak dan cara penghasilan produk sejajar kehendak semasa. Ini penting supaya ia sesuai dengan cita rasa pemakai zaman ini.

Sejak enam tahun lalu, kegemilangan industri batik negara mula merudum berikutan kesan langsung daripada kegawatan ekonomi yang teruk pada 1997. Industri batik negara pada pertengahan 1990-an berada dalam keadaan tenat dan bermasalah.

Ramai pengusaha batik tidak dapat menjelaskan hutang bank menyebabkan perniagaan ini tidak dapat diteruskan akibat kerugian. Bekalan batik pula tidak mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai dek tempias ekonomi dunia yang mengalami kegawatan yang teruk ketika itu.

Langkah mewajibkan pemakaian batik diharap dapat membantu industri batik terus bertahan dan berkembang pesat seiring peredaran zaman dengan proses tranformasi kepada penghasilan batik yang lebih canggih dan berkualiti.

Selama ini pun, industri batik hanya diusahakan di kampung terutama di Terengganu dan Kelantan. Ia belum mampu menembusi tembok gedung pakaian bukan milik kerajaan melainkan hanya dipamerkan di gerai kaki lima dan di kompleks beli-belah Mara.

Berikutan perhatian yang diberikan oleh kerajaan, selepas ini diharapkan produk batik tradisional kita dapat dipamer dan dipasarkan ke serata tempat, termasuk ke pasar raya dan gedung pakaian terkenal sebagaimana dilakukan pengusaha pakaian bukan Melayu selama ini.

Batik tradisional mempunyai makna simbolik berdasarkan status sosial pemakai dalam masyarakat daerah tertentu. Lagi pun, seni batik dapat menggali aneka budaya tempatan sehingga masyarakat mula melihat batik sebagai alternatif untuk digunakan secara lebih meluas.

Oleh itu, tugas kita sekarang adalah menyambut baik arahan kerajaan supaya memakai batik pada setiap Sabtu bekerja bagi kakitangan kerajaan atau swasta dan juga ketika menghadiri sesuatu majlis.

Pihak berkaitan pula seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia perlu bekerja keras untuk mempromosi batik, di samping hasil kraf lain agar ia terus mendapat tempat dalam kalangan orang luar, khususnya pelancong asing.

Sayugia diingatkan, jika bukan kita menyokong industri batik sebagai salah satu akar budaya kita, siapa lagi? Jika orang luar sanggup bersusah payah datang menuntut ilmu mengenai cara pembuatan batik, mengapa warga kita sendiri memandang sebelah mata khazanah ini daripada terus hanyut ditelan masa.



Ulasan: Berdasarkan petika tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa, budaya Melayu sangat tinggi nilainya. Begitulah juga dengan bahasa, apabila kita tidak lagi menggunakan bahasa kita dengan baik lama-kelamaan ia akan mati ditelan zaman hingga menyebabkan generasi akan datang lupa pada asal-usul mereka.

17.3.11

Drama Oh Drama

Malam ini aku mengikuti latihan pementasan drama bersama teman-temanku yang lain. Pementasan drama ini sangat menarik perhatianku kerana ia merupakan satu pembelajaran baru bagi diriku. Jika sebelum ini aku tidak pernah terlibat dengan lakonan, penulisan skrip dan persiapan untuk persembahan drama atau teater. Maka ini merupakan lembaran baru bagiku untuk menambah ilmu pengetahuan disamping mencukil bakat yang terpendam. Pada malam ini, kami telah berlatih bermula daripada jam 8.30 malam. Apa yang ingin aku sampaikan disinilah adalah tentang penggunaan bahasa ketika berlakon. Cara penyampaian setiap watak adalah berbeza-beza tetapi mereka perlu menggunakan bahasa yang baik. Di dalam kita bertutur dan berbahasa, nada atau antonasi serta penggunaan perkataan yang betul juga sangat ditekankan. Contohnya, aku melihat salah seorang pelakon yang melakonkan watak penyampai dakwah, dia haruslah menggunakan antonasi dan jeda yang betul agar penyampaian isi dan kata-kata tersebut dapat didengari dan difahami oleh penonton ketika melakukan pementasan kelak. Di dalam latihan ini juga kami turut ditekankan dengan disiplin dan tingkah laku.  
Apabila kita melakukan sesuatu dengan baik kita akan memperoleh ganjaran yang baik. Selain daripada antonasi dan nada kami perlu menghayati skrip dengan baik agar jalan cerita yang disampaikan bukan sahaja dapat menarik minat penonton bahkan dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada penonton. Namun begitu, terdapat beberapa orang pelakon drama ini tidak dapat mengubah loghat atau dialek yang mereka gunakan terutama apabila bertutur, beberapa orang pelakon masih mengekalkan loghat kelatan.
Hal ini akan menyebabkan kata-kata yang ingin disampaikan menjadi tidak jelas dan sukar difahami oleh penonton sewaktu melakukan pementasan yang sebenar kelak. Oleh hal yang demikian, kami dinasihatkan agar menggunakan bahasa yang betul dan menjaga cara pertuturan dan bahasa kami agar tidak menggunakan loghat negeri masing-masing dengan terlalu kerap. 

16.3.11

Penggunaan Bahasa Rahsia

Hari ini salah seorang daripada teman serumahku Si B (bukan nama sebenar) telah didatangi oleh seorang tetamu yang merupakan sahabatnya sejak kecil. Sahabat si B telah bersalam-salaman dan berkenal-kenal dengan kami teman-teman serumah. Apabila telah bertanya khabar dan berbual, tiba-tiba teman serumahku Si B mengajak sahabatnya masuk ke biliknya yang juga merupakan bilikku. Selang 20 minit selepas mereka masuk ke dalam bilik, aku pun masuk ke dalam bilikku. Setelah aku masuk ke dalam bilik tersebut dengan memberi senyuman yang manis aku duduk di birai katilku sambil mengemas dan melipat pakaian yang aku ambil dari ampaian. Dalam masa yang sama juga aku terdengar perbualan Si B dengan sahabatnya itu.

 Pada awalnya aku ingatkan mereka menggunakan loghat dialek negeri mereka akan tetapi apabila aku mendengar dengan teliti perbualan mereka, mereka menggunakan bahasa rahsia. Apa yang aku dan dengar hanyalah sedikit iaitu engfeng kaufau takfak nakfak pefe gifi kefe... (bait-bait kata yang seterusnya aku tidak dapat untuk mengenalpasti kerana aku tidak suka mencuri dengar perbualan orang lain). Apabila mendengar bait-bait kata seperti itu aku teringat tentang pembelajaran yang lepas ketika di dalam kelas Sosiolinguistik, pensyarahku telah mengajarkan kami serba sedikit tentang bahasa rahsia. Bahasa Rahsia bukan sahaja digunakan oleh pihak-pihak tertentu akan tetapi ia turut digunakan oleh kebanyakan masyarakat kita terutama dalam hubungan sosial antara sahabat yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa yang mereka cipta sendiri agar orang lain tidak memahaminya. 

15.3.11

Daripada Gurauan Menjadi Tabiat

Malam ini aku seperti biasa apabila ada kelapangan akan berkumpul bersama teman-teman serumah sambil menikmati sedikit makanan ringan bersama-sama. Tiba-tiba salah seorang teman serumahku iaitu Si A yang baru pulang dari kampus masuk ke rumah. Maka berlakulah sesi dialog seperti di bawah:

Si A: Assalamualaikum semua
Kami: Waa’laikumussalam awak.
Si A: Apa buat kamu semua ni?
Kami: Ha???
Si A: Hehehe... ye la... kamu semua tengah buat apa?
Aku: Awak ni kan, suka cakap terbalik. Susunan kata tak betul. Hehehe...

(sememangnya kami teman-teman serumah sudah biasa dengan perangai Si A yang pelik kerana suka menggunakan susunan perkataan yang terbalik terutama apabila dia ingin bertanyakan sesuatu)

Ulasan:  Sebenarnya, pada awalnya Si A hanya menggunakan cara percakapan tersebut hanya untuk humor atau berjenaka. Akan tetapi lama-kelamaan perkara tersebut menjadi kebiasaan kepada dirinya. 

14.3.11

Dialek Pahang 2

Hari ini saya memenuhkan lagi entri blog saya ini dengan berkongsi beberapa perkataan dalam dialek Pahang. Sebelum ini saya hanya meletakkan beberapa perkataan sahaja. Jadi hari ini saya ingin menambah beberapa perkataan lagi. Antaranya adalah seperti di dalam jadual di bawah:

1
Buboh
Letak atau isi
Emak telah buboh secubit garam ke dalam masakannya.
2
Berambi
Berhati-hati
kita hendaklah berambi memilih kawan demi kebaikan masa depan.
3
Berte’aih
Bersungguh-sungguh
Dia berte’aih mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
4
beraluih
Lemah-lembut
Siti merupakan seorang yang sangat beraluih ketika berbual dengan sesiapa sahaja.
5
Bela
Baiki
Ayah telah menghantar radio yang rosak itu ke kedai Ah Chong untuk dibela
6
Bertonyeh
Perang mulut
Setelah peristiwa Efa dan Azi bertonyeh mereka tidak lagi berkawan baik.
7
Ce
Cuba
Ce lakukan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.
8
Cemoih
Bosan
Dia berasa cemoih apabila tinggal bersendirian di rumahnya.
9
Chika
Mual atau loya
Siti chika setelah termakan gulai yang telah basi itu.
10
Cakner
ambil tahu atau ambil berat
Pak Abu merupakan seorang yang cakne terhadap jiran tetangganya.
11
Dan
Sempat
Ahmad dan berbalas senyuman yang manis kepada gadis yang lalu dihadapannya sebentar tadi.


 Nantikan sambungan yang perkataan-perkataan lain.