Hari ini saya memenuhkan lagi entri blog saya ini dengan berkongsi beberapa perkataan dalam dialek Pahang. Sebelum ini saya hanya meletakkan beberapa perkataan sahaja. Jadi hari ini saya ingin menambah beberapa perkataan lagi. Antaranya adalah seperti di dalam jadual di bawah:
1 | Buboh | Letak atau isi | Emak telah buboh secubit garam ke dalam masakannya. |
2 | Berambi | Berhati-hati | kita hendaklah berambi memilih kawan demi kebaikan masa depan. |
3 | Berte’aih | Bersungguh-sungguh | Dia berte’aih mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. |
4 | beraluih | Lemah-lembut | Siti merupakan seorang yang sangat beraluih ketika berbual dengan sesiapa sahaja. |
5 | Bela | Baiki | Ayah telah menghantar radio yang rosak itu ke kedai Ah Chong untuk dibela |
6 | Bertonyeh | Perang mulut | Setelah peristiwa Efa dan Azi bertonyeh mereka tidak lagi berkawan baik. |
7 | Ce | Cuba | Ce lakukan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang. |
8 | Cemoih | Bosan | Dia berasa cemoih apabila tinggal bersendirian di rumahnya. |
9 | Chika | Mual atau loya | Siti chika setelah termakan gulai yang telah basi itu. |
10 | Cakner | ambil tahu atau ambil berat | Pak Abu merupakan seorang yang cakne terhadap jiran tetangganya. |
11 | Dan | Sempat | Ahmad dan berbalas senyuman yang manis kepada gadis yang lalu dihadapannya sebentar tadi. |
No comments:
Post a Comment