Malam ini aku mengikuti latihan pementasan drama bersama teman-temanku yang lain. Pementasan drama ini sangat menarik perhatianku kerana ia merupakan satu pembelajaran baru bagi diriku. Jika sebelum ini aku tidak pernah terlibat dengan lakonan, penulisan skrip dan persiapan untuk persembahan drama atau teater. Maka ini merupakan lembaran baru bagiku untuk menambah ilmu pengetahuan disamping mencukil bakat yang terpendam. Pada malam ini, kami telah berlatih bermula daripada jam 8.30 malam. Apa yang ingin aku sampaikan disinilah adalah tentang penggunaan bahasa ketika berlakon. Cara penyampaian setiap watak adalah berbeza-beza tetapi mereka perlu menggunakan bahasa yang baik. Di dalam kita bertutur dan berbahasa, nada atau antonasi serta penggunaan perkataan yang betul juga sangat ditekankan. Contohnya, aku melihat salah seorang pelakon yang melakonkan watak penyampai dakwah, dia haruslah menggunakan antonasi dan jeda yang betul agar penyampaian isi dan kata-kata tersebut dapat didengari dan difahami oleh penonton ketika melakukan pementasan kelak. Di dalam latihan ini juga kami turut ditekankan dengan disiplin dan tingkah laku.
Apabila kita melakukan sesuatu dengan baik kita akan memperoleh ganjaran yang baik. Selain daripada antonasi dan nada kami perlu menghayati skrip dengan baik agar jalan cerita yang disampaikan bukan sahaja dapat menarik minat penonton bahkan dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada penonton. Namun begitu, terdapat beberapa orang pelakon drama ini tidak dapat mengubah loghat atau dialek yang mereka gunakan terutama apabila bertutur, beberapa orang pelakon masih mengekalkan loghat kelatan.
Hal ini akan menyebabkan kata-kata yang ingin disampaikan menjadi tidak jelas dan sukar difahami oleh penonton sewaktu melakukan pementasan yang sebenar kelak. Oleh hal yang demikian, kami dinasihatkan agar menggunakan bahasa yang betul dan menjaga cara pertuturan dan bahasa kami agar tidak menggunakan loghat negeri masing-masing dengan terlalu kerap.
No comments:
Post a Comment