Malam ini aku seperti biasa apabila ada kelapangan akan berkumpul bersama teman-teman serumah sambil menikmati sedikit makanan ringan bersama-sama. Tiba-tiba salah seorang teman serumahku iaitu Si A yang baru pulang dari kampus masuk ke rumah. Maka berlakulah sesi dialog seperti di bawah:
Si A: Assalamualaikum semua
Kami: Waa’laikumussalam awak.
Si A: Apa buat kamu semua ni?
Kami: Ha???
Si A: Hehehe... ye la... kamu semua tengah buat apa?
Aku: Awak ni kan, suka cakap terbalik. Susunan kata tak betul. Hehehe...
(sememangnya kami teman-teman serumah sudah biasa dengan perangai Si A yang pelik kerana suka menggunakan susunan perkataan yang terbalik terutama apabila dia ingin bertanyakan sesuatu)
Ulasan: Sebenarnya, pada awalnya Si A hanya menggunakan cara percakapan tersebut hanya untuk humor atau berjenaka. Akan tetapi lama-kelamaan perkara tersebut menjadi kebiasaan kepada dirinya.
No comments:
Post a Comment