Setelah 4 minggu bercuti, kini keputusan peperiksaan yang lepas telah pun dikeluarkan. Tahun juga sudah baru, telah masuk tahun 2011. Bermula tahun ini, semester ini aku perlu menambah dan meningkatkan usaha, berganda-ganda. Persoalannya, mampukah? InsyaAllah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Aku berharap semua insan yang mengenali diriku ini sentiasa mendoakan aku Aku dikategorikan bukanlah seorang yang hebat dalam pelajaran berbanding teman-teman yang lain. sejak dari sekolah rendah, ke sekolah menengah hinggalah sekarang aku masih sama. Apa yang aku tahu, diriku merupakan seorang yang suka mencuba. Namun, sebelum mencuba aku perlu berfikir. berfikir baik dan buruk sesuatu perkara. Aku harus akui kita sebagai manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Oleh itu, Azam yang kuat harus aku tanamkan. kalau sekadar tanam sahaja tapi tidak dibajai ia tidak membawa sebarang makna atau tidak akan mnembuahkan hasil. Azam tambah perancangan diikuti dengan usaha dan doa.
Bermula tahun ini, aku bangkit kembali, aku ingin berusaha bersama teman-teman untuk belajar sehabis baik menjadi seorang insan yang berguna. Suatu hari nanti kami akan menjadi guru, dan pada tahun ini juga bermula Mei 2011 kami akan mengikuti Latihan Mengajar (LM). sesuatu yang menggerunkan dan menakutkan apabila mengenangkannya. Kami pelajar ambilan Julai 2008/2009 juga merupakan kelompok yang pertama yang akan mengikuti latihan mengajar pada semester 7 dan akan kembali ke UPSI untuk mengikuti kuliah semula pada semester 8, pada September 2011. Oleh itu, Semester ini iaitu semester 6 merupakan tahap persediaan yang terakhir untuk membuat persediaan mengikuti latihan mengajar.
No comments:
Post a Comment