Kisah ini berlaku pada 17 Januari 2011, seawal jam 6.45 pagi aku telah bergegas untuk turun dari tingkat lima menuju ke foyer Blok 1 kolej dengan menaiki lif. Tiga minit kemudian lif pun terbuka dan aku lihat pekerja yang membersihkan sekitar kolej sedang mengambil sampah-sampah yang dikumpulkan dari aras 9 ke aras satu. menunggu di ruangan di kafeteria. Kelihatan seorang tua sedang menyapu sampah-sarap yang ditinggalkan oleh peniaga-peniaga semalam. Almaklumlah, bermula dari 13 Januari sampai 16 Januari kolej yang aku menginap ni telah diadakan Karnival. Jadi, ramailah para peniaga yang mengambil peluang berniaga di kolej ni. "apalah nak jadi dengan masyarakat zaman sekarang, buang sampah merata-rata. Mentang-mentanglah ada pekerja yang melakukan pembersihan. Tetapi tidak terfikirkah mereka, bahawa pekerja-pekerja ini juga ada perasaan, punya rasa penat. Inikan pula aku lihat, tukang sapu di sini sudah tua-tua belaka" bisik hati kecilku. Setelah 10 minit menanti sahabatku, aku menuju ke perhentian bas untuk pergi kampus. Perjalanan dari kolej ke kampus dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 10minit, belum lagi masuk sesi berebut-rebut naik bas memang meletihkan. Oleh sebab awal, jadi tak perlulah nak berebut-rebut. Setibanya di kampus aku bersama sahabat-sahabatku berjalan menuju ke bangunan E-Learning yang berdiri megah di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. Untuk menaiki tangga ke dewan Kuliah Di Bilik E-Learning amat memenatkan jadi aku dan sahabat-sahabatku menaiki lif. Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 9.00 pagi kelas pertama kami disitu. Setelah itu kami bergegas pula ke Proton City yang jauhnya mengambil masa selama 20 minit menaiki bas, sedangkan kelas yang seterusnya bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Namun, itu tidak terlalu membebankan kami kerana pensyarah memahami keadaan kami. Tapi sayangnya, ilmu yang dapat kami ikuti hanya 20 minit terakhir. Walaubagaimanapun semangat kami sangat kuat. Kelas seterusnya kami perlu berkejar semula ke kampus untuk kelas yang seterusnya. Masih lagi turun naik lif dan kejar atau terpaksa menunggu di dalam bas yang lewat bergerak.
Akan tetapi apa yang aku ingin sampaikan yang sebenarnya adalah sikap seorang insan yang tidak bertimbang rasa. Setelah kelas sosiolinguistik kami tamat pada jam 12.00 tengah hari, kami bergegas ke lif namun dihadapan lif tersebut terdapat juga pelajar-pelajar lain yang sedang menunggu lif tersebut. Akan tetapi lif tersebut sedikit bermasalah. Tidak lama kemudian lif tersebut terbuka dan seorang pensyarah keluar dari lif tersebut, setelah itu aku dan sahabat-sahabat yang sedang dalam kekalutan untuk pergi ke kelas yang seterusnya terus masuk ke dalam lif. Tiba-tiba, "boleh tolong keluar tak" terdengar suara garau seorang lelaki bagaikan memberi arahan kepada aku dan sahabat-sahabat yang lain keluar dan dalam masa yang sama pintu lif telah ditutup menyebabkan aku tidak dapat keluar daripada lif tersebut seperti mana yang diarahkan. Di dalam hati, aku tertanya-tanya siapalah lelaki ni? Pensyarahkah? Tapi tidak seperti pensyarah pun" aku hanya menundukkan kepala dan hanya mendengar apa yang lelaki tersebut perkatakan "Biadab betul budak-budak ni, tak boleh tengok orang senang" aku terasa muka aku menjadi panas dan lelaki itu meyambung lagi kata-katanya "Saya tak suka orang lain naik lif dengan saya. Lagipun diorang semua tadi tak tahu adabkah?" "Maaf encik... errr.. tuan... kami semua tadi dalam keadaan kalut sebab lif ni tadi tak berhenti di aras tiga. Lagipun mereka semua tadi semua nak cepat berkejar kelas yang seterusnya" "tak kira la apa-apapun, yang penting beradab la bila dah tengok ada orang dalam lif" 'hah! tak silap aku dia seorang saja dalam lif ni. masih muat jika orang lain juga ingin masuk. Besar sangatkah pangkat dia sehinggakan orang lain tidak boleh menaiki lif bersama dengan dia?' aku hanya mampu mengkritik di dalam hati. Aku menarik nafas lega apabila pintu lif terbuka dan lelaki angkuh itu hilang dari pandangan.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeharusnya kita sebagai manusia sama-sama bertanggungjawab menjaga alam sekitar dengan membuang sampah di dalam tong sampah dan janganlah hanya mengharapkan orang lain yang melakukannya. Di dalam berkata-kata juga, kita jangan terlalu menggunakan bahasa yang kasar dan angkuh. Saya beranggapan bahawa, peristiwa di dalam lif sangat memberikan kesan yang mendalam, anggapan saya terhadap sesetengah orang yang menjawatan besar, mereka seperti angkuh dan sombong dengan jawatan mereka. Walaupun kami hanya pelajar dan berasal daripada kampung janganlah bersikap sombong dan berkata-kata dengan angkuh. Sedangkan di dalam masyarakat Melayu sendiri berpegang kepada adab budaya 'yang tua dihormati dan yang muda disayangi'. Nasihatilah yang muda seperti kami jika kami telah melakukan kesalahan. Namun nasihatlah kami dengan kata-kata yang berhikmah.
ReplyDeleteSelain itu, lelaki tersebut juga turut menggunakan kata ganti 'diorang' yang membawa maksud dia orang. Seharusnya kata ganti nama tersebut tidak harus digunakan. Kata ganti yang harus digunakan adalah mereka. Hal ini menunjukkan bahawa lelaki tersebut bukan sahaja telah salah dalam membudayakan akhlak malah salah dalam menggunakan bahasa. Sayangilah bahasa, sayangilah budaya, kerana bahasa dan budaya sendi tamadun bangsa.
ReplyDelete