Di waktu petang yang hening, iaitu pada petang tadi aku bersama teman-teman serumah duduk berkumpul di ruang tengah rumah dan berbual-bual. Sedang kami berbual tentang pelbagai cerita tiba-tiba, salah seorang daripada kami bertanya iaitu Si A, “apa beza semalam orang Kelantan dan Perlis dengan semalam orang pahang? Apa pula beza kelmarin?” Salah seorang daripada kami merupakan orang Perlis lalu dia menjawab “ Semalam mengikut orang kawasan kami biasa gunakan adalah hari semalam iaitu hari sebelum hari ini bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 malam. Manakala Kelmarin pula adalah bermula daripada jam 7.00 pagi hingga 7.59 malam pada hari sebelum hari ini”. Lalu Teman serumah kami ayng berasal dari negeri Kelantan pula bersuara “ya, samalah dengan orang Kelantan”. Aku dan seorang lagi teman yang berasal dari Pahang pula menjawab, “kami di Pahang menggunakan perkataan semalam yang merujuk kepada hari sebelum hari ini”. Temanku menyambung peneranganku pula “kelmarin pula adalah hari sebelum semalam”. Lalu Si A yang bertanya tersebut hairan dan dia bertanya lagi “yang mana satu betul?”. Beginilah, kita tengok pada kamus dewan.
Ulasan:
Penggunaan sesuatu perkataan dalam dialek kadangkala terdapat persamaan penggunaan perkataan tetapi membawa maksud yang berbeza. Contohnya melalui situasi perbualan saya dengan teman-teman serumah yang membincangkan tentang penggunaan kata semalam dan kelmarin masyarakat di negeri Pahang dengan Masyarakat yang tinggal di Negeri Kelantan dan Perlis. Namun menurut Kamus Dewan, Semalam bermaksud hari sebelum hari ini.
Kaka kabong seneang...
ReplyDeleteHari sebelum hari ini - embarek
2 hari sebelum hari ini - ari dolok
3 hari sebelom - ari dolok jaoh..
Apo suseah nye..😂