Pada petang tadi aku bersama sahabatku telah pergi ke pasar malam di Pekan Tanjong Malim. Sebelum itu kami telah menunggu bas di perhentian bas Kolej Ungku Omar. Aku melihat jam ditanganku, jarum jam menunjukkan tepat jam 3.30 petang. Bas yang dinanti telah tiba lalu, aku dan Su menuju ke pintu bas untuk menaiki bas. Su telah sempat naik dahulu ke dalam bas. Sewaktu aku sedang mengangkat kaki ingin melangkah naik ke tangga bas tiba-tiba aku terasa badanku ditolak, nasib aku baik kerana aku tidak terjatuh. Dengan akal yang masih rasional aku memberikan ruang kepada pelajar tersebut untuk naik terlebih dahulu. Pelajar tersebut tersenyum dan memohon maaf lalu mengucapkan terima kasih. Aku fikir mungkin pelajar tersebut tidak perasan akan aku yang berbadan kecil ini.
Ulasan:
Walaupun seseorang melakukan kesilapan, janganlah kita terus memarahi atau mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Kita manusia yang sering terlupa, terkadang melakukan kesilapan. Begitu diri kita yang juga manusia, mudah melakukan kesilapan. Maka kita haruslah bertoleransi dan maaf bermaafan.
No comments:
Post a Comment