Pada hari ini, aku bersama adikku bergotong-royong mengemas almari buku di ruang tamu rumah. Aku mengarahkan adikku yang berumur sembilan tahun untuk menyusun buku-buku tersebut mengikut kategori iaitu bahasa arab,pendidikan Islam atau hal-hal agama, sains dan matematik, sastera dan bahasa melayu, serta akhbar dan keratan-keratan majalah. Sambil mengemas buku-buku tersebut aku dan adikku mengambil kesempatan untuk membaca. Sedang aku membelek dan membaca buku yang bertajuk Hadis Modal Insan adikku menghulurkan sekeping kertas yang merupakan keratan akhbar. Keratan akhbar tersebut bertajuk gulai. Setelah aku membaca keratan akhbar tersebut aku bertanya kepadanya, "kenapa adik bagi kertas ni?". Adikku menjawab, "berbezakah gulai orang Pahang dengan gulai negeri lain?". Aku memberikan senyuman kepada adikku lalu menjawab "ada". Aku pun menceritakan kembali cerita yang ditulis dalam keratan akhbar tersebut.
ceritanya begini:
Terdapat sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Pada suatu hari, Si suami yang berasal daripada Kedah telah menyuruh si isteri memasak gulai ikan. Si isteri pun memasak apa yang telah diarahkan oleh Si suami. Si isteri pula berasal daripada negeri Pahang. Setelah siap memasak isteri menghidangkan masakan tersebut dan memanggil si suaminya. Apabila si suami melihat masakan tersebut berlakulah perbualan seperti di bawah:
Si suami: Awak ni, tak pandai masak ke? saya suruh awak masak gulai ikan bukan masak masakan macam ini.
Si Isteri: apa pulak abang ni? betul la tu, abangkan suruh saya masak gulai ikan.
Si suami: Abangkan dah belikan rempah kari untuk buat gulai.
Si isteri: Oo... maksud abang, masak kari ikan.
Si suami: ye la. habis tu awak ingat saya suruh masak macam mana?
Si Isteri: (hanya tersenyum) dan faham lalu dia menerangkan hal yang sebenar kepada suaminya.
Ulasan:
berdasarkan dialog di atas, di dalam masyarakat Malaysia, bukan sahaja di dalam pertuturan sahaja menggunakan dialek yang sama maksud yang berbeza, namun nama masakan juga turut berbeza. Gulai di negeri Pahang adalah masakan yang menggunakan santan dan kunyit. Manakala, di Utara iaitu di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang gulai adalah kuah santan yang dicampur dengan kari. Walaupun negara kita berbeza kaum, budaya, atau nama masakan tetapi kita tetap bersatu hati.
No comments:
Post a Comment