10.2.11

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Puas berjalan-jalan keliling rak-rak buku di perpustakaan, buat tinjauan dan lawatan rasmi mencari buku. Buku oh! buku, di manakah dikau. Akhirnya, tiba di satu rak buku aku terjumpa sebuah buku yang berjudul 'Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa' oleh Harimurti Kridalaksana. Kawan-kawan semua sudah berkenalankah dengan Harimurti Kridalaksana? Jom, kita berkenalan dengan beliau melalui serba sedikit butiran yang saya perolehi.




Biodata Ringkas Harimurti Kridalaksana

Nama beliau Harimurti Kridalaksana. beliau telah dilahir di Ungaran pada tahun 1939. beliau memperoleh gelaran Sarjana Sastera dari Universitas Indonesia pada tahun 1963. Beliau mendapat pendidikan tentang didaktik bahasa di Universiti Oittsburgh dan menyelesaikan kursus kewiraan ketika di Lembaga Pertahanan Nasional pada tahun 1975. Beliau telah berkecimpung dengan pelbagai kegiatan bahasa antaranya Penelitian Bahasa di Kepulauan Riau, penyusunan buku pelajaran, penyusunan ejaan, penyusunan Istilah, penyusunan kamus, penelitian bahasa-bahasa Asia Tenggara, penelitian teoritis tentang Bahasa Indonesia dan Bahasa Jawa dan pembinaan bahasa. Karangan-karangan dan penulisan beliau banyak diterbitkan di dalam dan luar negeri. beliau pernah menjadi ketua umum pusat Himpunan Pembinaan Bahasa Indonesia dari tahun 1974 hingga 1978. Pada tahun 1985 menjadi penulis tamu di Johan Wolfgang Goetha Universiti di Frankfurt am Main Jerman Barat dengan mendapat dana karya dari Alexander von Humbolt Stiftung untuk mengadakan penelitian dan penulisan buku. Di samping itu beliau turut mengajar Bahasa Jawa dan memberikan seminar mengenai linguistik Indonesia. Buku-buku beliau yang telah diterbitkan antaranya adalah Kamus Sinonim Bahasa Indonesia, Seminar Bahasa Indonesia 1968 (bersama Djoko Kentjono) serta buku Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa.

No comments:

Post a Comment