Hari ini, al-maklum sahajalah hari Jumaat kelas pun tiada, namun bukan bermakna untuk aku terus bersenang lenang. Lalu aku dengan sedaya upaya cuba menyiapkan tugasan. Sedang aku menaip tugasan KOMSAS tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku menjawab panggilan tersebut. rupa-rupanya adikku yang menghubungi aku. Di dalam perbualan telefon tersebut adikku telah bertanya kepadaku soalan yang aku juga anggap sedikit lucu.
Adikku: Akak, adik nak tanya boleh tak?
Aku: Tanyalah adik nak tanya apa?
Adikku: Tadi kat sekolah cikgu adik ada sebut perkataan ganjal. Apa maksdu ganjal tu kak?
Aku: hahaha... Adik tak cuba buka kamus ke? adikkan rajin buka kamus.
Adikku: Dah. adik tak jumpa pun perkataan tu. Samakah dengan perkataan ganjil?
Aku: Setahu akak ganjil ada la. Lepas ni akak tengok kat kamus ye.
Adikku: Ok.
Ulasan: berdasarkan rujukan yang telah di lakukan di dalam kamus dewan, saya dapati tidak ada perkataan ganjal. Manakala perkataan ganjil sahaja yang ada. Ganjil bermaksud sesuatu yang pelik. Seharusnya sebagai seorang guru, kita haruslah menggunakan bahasa yang baik dan betul agar murid-murid tidak mempunyai masalah kecelaruan bahasa ataupun kecelaruan penggunaan bahasa.
No comments:
Post a Comment