9.2.11

Banggakan Bahasa Kita

Setelah aku menyiapkan segala urusan di rumah, oleh itu aku perlu pulang ke Tanjong Malim untuk meneruskan kulaih seperti biasa. Untuk pulang kembali ke Tanjong Malim aku perlu menaiki bas daripada Bandar Jengka ke Kuala Lumpur. Setelah sampai di Kuala Lumpur aku menuju ke Bank Negara untuk menaiki komuter menuju ke Rawang dan seterusnya menaiki Komuter yang seterusnya daripada Rawang ke Tanjong malim. Semasa dalam perjalanan daripada Pahang ke Kuala Lumpur, iaitu ketika di dalam bas aku telah duduk bersama seorang wanita warga asing. Di dalam perjalanan aku dan wanita asing tersebut berbual-bual. Wanita tersebut berasal daripada New Zealand tetapi telah dua tahun menetap di Malaysia. Semasa berbual-bual wanita tersebut telah menyatakan bahawa dia sangat bangga dengan rakyat Malaysia terutama dengan bahasa kita iaitu bahasa Melayu. Wanita tersebut juga cuba untuk berbahasa Melayu. Antara perkataan yang disebut oleh wanita asing itu adalah dari mana, nak ke mana, cantik, Malayu dan kain songket.

Ulasan:
Saya berasa bangga kerana orang asing seperti wanita tersebut sangat berbangga dengan bahasa kita iaitu bahasa Malaysia. Akan tetapi masyarakat kita pula cuba untuk menghapuskan bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment