Hari ini, di awal pagi Isnin keadaan memang sesak. Selama lima minit beratur akhirnya dapat juga aku menaiki bas untuk ke kelas. Sewaktu di dalam bas tersebut terdapat seorang insan yang sangat prihatin. Sedang dia berdiri, tiba-tiba barang salah seorang penumpang berhampiran insan prihatin itu seperti mencari sesuatu. Tanpa penumpang itu sedar barang yang dicarinya itu telah berada dibawah kerusi yang diduduki oleh seseorang yang berada di hadapan insan prihatin tersebut. Insan prihatin tersebut bertanya kepada wanita yang sedang mencari sesuatu.
"Maafkan saya, awak sedang cari sesuatukan?". Namun, wanita tersebut tidak menghiraukan pertanyaan insan prihatin tersebut. "Awak cari barang ni kan?" kata insan prihatin tersebut sambil menunjukkan sebuah fail yang berada dibawah kerusi. Wanita itu juga masih tidak meghiraukan soalan yang ditujukan oleh insan prihatin tersebut. Tidak lama selepas itu. Bas berhenti di hadapan hentian bas di Pintu Timur Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. Insan prihatin tersebut turun dan meletakkan fail yang dijumpainya di atas bangku di hentian bas tersebut. Insan prihatin itu berdiri tidak jauh dari tempat dia meletakkan fail tersebut. Tidak lama kemudian, wanita yang sama pergi mengambil fail yang diletakkan oleh insan prihatin tersebut. Wanita tersebut memandang ke arah insan prihatin tersebut tanpa berkata apa-apa. Selain itu juga wanita tersebut turut memasamkan muka ke arah insan prihatin tersebut.
Ulasan: Seharusnya kita sesama manusia janganlah berat mulut untuk bertanya atau menjawab soalan yang ditanya oleh orang lain. Janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain yang cuba ingin membantu kita.
No comments:
Post a Comment