Hari ini ada temujanji. Tapi bukan temujanji sebarangan, temujanji dengan doktor. Aku tiba di hospital awal, namun aku lihat ramai pesakit-pesakit lain yang sedang menunggu, nampaknya mereka lebih awal daripada aku. tidak lama kemudian seorang demi seorang dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. setelah 2jam menunggu ,aku dibenarkan masuk berjumpa dengan doktor. Seperti biasa doktor memberikan nasihat dan menerangkan serba sedkit tentang keadaan aku. Setelah setengah jam berada di dalam bilik tersebut aku keluar dan menunggu diruangan menunggu untuk pemeriksaan seterusnya. Sedang aku menunggu tiba-tiba datang seorang wanita menuju ke kaunter pendaftaran. Setelah itu, wanita tersebut menuju ke tempat ruang menunggu, di mana aku dan pesakit-pesakit lain duduk untuk menunggu. Tiba-tiba datang seorang wanita yang tua satau seorang makcik sedang menjinjing beg. Makcik itu kelihatan seperti tidak berdaya dan tangannya terketar-ketar. Makcik tersebut berdiri berhampiran dengan wanita tadi kerana kerusi telah penuh. Di sebelah wanita tersebut aku lihat ada seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya. Kanak-kanak tersebut telah bangun dan memberikan tempat untu makcik tersebut duduk. Apa yang mengangumkan diriku tutur kata kanak-kanak tersebut sangat sopan dan penuh tertib, "nenek, silakan duduk. Nanti nenek tak larat nak berdiri lama-lama" sambil menghampiri Makcik tersebut dan memimpin tangan maskcik tersebut sampai ke tempat duduknya.
Ulasan:
Budi bahasa sangat ditekankan dalam masyarakat kita. Akan tetapi kebanyakan anak muda di negara ini mempunyai ego yang sangat tinggi. Sehinggakan kita dapat lihat melalui gambaran seorang wanita yang sedang duduk dan wanita itu sendiri berada berhampiran dengan makcik tersebut seharusnya memberikan ruang untuk makcik yang telah uzur itu duduk. namun disebabkan ego yang tinggi, wanita tersebut tidak menghiraukan keadaan tersebut. Apa yang menkjubkan kanak-kanak kecil yang berumur dalam lingkungan empat hingga lima tahun pula yang pandai berbudi bahasa dan membantu wanita tua yang telah uzur tersebut.
No comments:
Post a Comment