Sedang aku berdiri di dalam bas menuju ke kampus, tiba-tiba aku dilanggar oleh seorang gadis yang comel dan cantik. “jap ye nak lalu” sambil menunjukkan muka yang masam. aku sekadar tersenyum dan memberikan laluan. Namun bahuku sakit kerana dilanggar gadis tersebut. Di dalam hatiku terus terdetik ‘di mana nilai untuk menjadi seorang pendidik. Moga ini menjadi pengajaran buatku’.
Apabila kita melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja tentunya kita akan meminta maaf atas kesilapan yang kita lakukan. Namun, sukarnya kini untuk menuturkan maaf. Mungkinkah kerana ego atau status yang tinggi menjadikan seseorang susah untuk mengeluarkan kata-kata tersebut. “maafkan saya, boleh saya tumpang lalu” dengan senang hati laluan akan diberikan. Maaf bukan bermakna kita merendahkan martabat kita tetapi ia menunjukkan kesopanan dan kesantunan kita.
No comments:
Post a Comment