16.2.11

Serban, Sereban atau Serebe

Sedang duduk bersama kawan-kawan berbual, tiba-tiba kakiku terasa kebas dan berdenyut-denyut. "arghh... kakiku serebe" Kawan 1 lalu terkejut dan bertanya "Serban? Apa tu? bukan ke serban tu yang orang-orang ulamak pakai ataupun budak-budak lelaki yang pakai untuk solat? "hahahaha" aku tergelak tapi masih menahan kakiku yang masih kebas. "Bukanlah, tempat kami panggil sesemut. Bila rasa kaki macam tiba-tiba saja ada renjatan" "ha... yang tu la aku maksudkan. Bukannya serban yang budak lelaki pakai tu" lalu kami beramai-ramai tergelak kerana kawan kami yang seorang tu menunjuk muka kehairanan.

No comments:

Post a Comment