9.3.11

Bahasa badan

Mengimbau kembali kata-kata salah seorang pensyarah yang sering meminta kami agar datang awal ke kelas disebabkan kuliah beliau pada hari Isnin, maka ramai pelajar yang sering datang lewat ke kelas. Mungkin disebabkan rasa kepenatan yang masih ada dalam diri setelah melalui hujung minggu yang penuh dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan kami berasa agak malas untuk menghadiri kuliah yang panjang terutamanya pada hari Isnin. Ini ditambah lagi dengan masalah penghawa dingin di dalam bilik kuliah di Proton City yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan keadaan kelas menjadi semakin tidak selesa kerana terasa tahap kepanasan yang amat mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, atas rentetan daripada pelbagai sebab itu dapat dilihat karenah para pelajar yang dilihat tidak selesa dengan keadaan diri dalam kelas tersebut. Ada pelajar yang mula keluar masuk, ada yang duduk bersandar dan malah ada yang mula bermalas-malasan di atas meja. Bahasa badan yang ditunjukkan itu mungkin kesan daripada emosi dan tekanan yang dihadapi yang disampaikan secara tidak sengaja iaitu melalui bahasa badan yang ditunjukkan. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa bahasa yang disampaikan ini jika diteliti dapat kita peroleh di mana-mana sahaja tidak kira secara lisan atau atau tidak.
Antara bahasa badan yang biasa digunakan adalah gelengan kepala ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang menandakan tidak setuju atau menafikan sesuatu. Selain itu juga situasi bahasa badan seperti melihat jam tangan berulang kali dan duduk dalam keadaan resah menundakan seseorang itu berada dalam kebosanan. Hal ini sentiasa berlaku ketika kami para pelajar berada dalam kuliah, seminar atau ceramah. 

No comments:

Post a Comment