Hari ini aku telah membaca sebuah buku yang bertajuk Nilai Estetika dan Intelek dalam Pantun. Buku ini telah disediakan oleh tiga orang pensyarah yang telah mengajarku. Berdasarkan buku ini aku dapat mengutip beberapa pendapat tentang konsep atau maksud pantun.
Menurut Kamus Dwan Edisi Keempat, pantun ialah sejenis puisi lama yang kebiasaannya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris sampiran.
Menurut Za’ba (1965) pula, pantun merupakan kaedah karangan berangkap yang jati, selalu digunakan oleh orang Melayu kampong terutama untuk menggambarkan fikiran yang hiba, sayu, dan sesuatu perasaan yang indah-indah.
Aripin Said (1994) pula menyatakan bahawa pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya.
Melalui pantun, kita dapat menggambarkan kehidupan masyarakat pada zaman dahulu. Kehidupan masyarakat dahulu penuh dengan budi bahasa dan bersopan santun. Selain itu juga dengan pantun juga dapat menggambarkan bahawa kerjasama yang sangat kuat masyrakat zaman dahulu kerana mereka membina rangkap pantun dengan dan saling bertautan dan berkaitan seperti ada tali yang mengikat antara satu rangkap dengan rangkap yang lain.
Contoh:
Menanam bunga di dalam pasu
Bunga melati dan bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu
Kelak nanti binasa badan.
Contoh:
Menanam bunga di dalam pasu
Bunga melati dan bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu
Kelak nanti binasa badan.
No comments:
Post a Comment