2.3.11

Penat berduyun-duyun?

Setelah habis kelas pada jam 10.00 pagi aku telah pergi ke perpustakaan. Setelah memulangkan buku di perpustakaan aku menuju ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk menyelesaikan sedikit kerja.  Sewaktu dalam perjalanan ke fakulti aku telah terdengar perbualan sekumpulan pelajar yang berbual-bual. Mereka menyatakan keadaan mereka yang keletihan kerana kelas terlalu padat. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata “aku pun sama, rasa malas nak pergi kelas petang ni ni. Penatnya berduyun-duyun”  Aku sedikit teruja dengan kata-kata yang digunakannya ‘penat berduyun-duyun’. Dalam masa yang sama juga menjadikan aku tergelak sendirian dan berkata kepada temanku Su, “Dah la penat, berduyun-duyun lagi tu. Bahasa apalah yang digunakan oleh mereka?” Su menjawab, “Mungkin tu kata penguat untuk penat yang di rasai.” “betul juga tu” kataku sambil tersenyum. Dapat aku tafsirkan disini bahawa pelbagai variasi bahasa yang digunakan oleh masyarakat kita kini, sehinggakan kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh digantikan dengan perkataan lain yang menunjukkan banyak atau terlalu seperti perkataan berduyun-duyun yang digunakan oleh pelajar tersebut. Selain itu juga, dapat dikatakan bahawa berkemungkinan itu adalah bahasa dialek yang digunakan oleh pelajar tersebut.  

No comments:

Post a Comment