11.3.11

Merujuk Kembali Fonetik dan Fonologi

Sedang aku mengemas buku-buku di rak, aku terlihat sebuah buku iaitu ejaan bahasa Melayu. Teringat aku akan suatu masa dulu iaitu sewaktu aku berada di semester 2. Aku telah mempelajari matapelajaran yang sangat menarik bagiku iaitu fonetik dan fonologi. Hal ini kerana, aku dapat mengetahui bagaimana sesuatu bunyi itu terhasil daripada setiap pengucapan kita. Betapa agungnya ciptaan Ilahi. Anugerah yang indah dan unik. Aku juga turut belajar tentang bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta lambing iaitu huruf yang sering kita gunakan sewaktu bertutur.
Antara yang telah aku pelajari adalah:
Bunyi Vokal lima huruf dan mempunyai enam bunyi.


Fonem/bunyi               Lambang

/i/                                             i
/u/                                            u
/e/                                            e
/ /                                             e
/o/                                            o
/a/                                            a

Di dalam bunyi vokal ini juga terdapat bunyi gabungan dua vokal yang menyebabkan gelinciran pada lidah. Bunyi vokal ini dipanggil diftong. Antara contoh huruf diftong adalah:

ai---gulai

au---pulau

oi---amboi

Manakala konsonan pula terdiri daripada 26 bunyi selain huruf vokal terdapat lima daripada bunyi konsonan yang mempunyai gabungan dua lambang konsonan iaitu gh, kh, ng, ny dan sy.

1 comment:

  1. Best Casino Sites in 2021 - Lucky Club
    Best Online Casino in 2021 · 1. Red Dog Casino, $1,000 Welcome Bonus · 2. InterTops Casino, $500 Welcome Bonus · 3. Slots LV Casino, $100 Welcome Bonus · luckyclub.live 4. Microgaming Casino

    ReplyDelete