7.3.11

Fikir Duhulu Tentang Orang Lain Sebelum Buat

Hari ini merupakan hari yang suram bagiku. Aku terasa resah, gelisah dan pelbagai perasaan negatif yang tidak dapat di kawal. Benarlah kata pakar-pakar motivasi mengawal emosi adalah sesuatu yang sangat sukar. Apabila emosi sudah tidak keruan dan melampaui batasan kesabaran kita tolak ketepi. Itulah yang berlaku padaku hari ini ditambah pula dengan keadaan diriku yang tidak begitu sihat. Hal ini berlaku adalah berpunca daripada sikap salah seorang ahli rumahku yang telah membuang segala makanan yang berada diatas meja makan di rumah kami.  Makanan tersebut masih elok dan tidak menandakan ada sebarang kulapuk atau kulak. Makanan tersebut adalah sejenis kuih yang dibawa oleh teman sebilikku. Namun, kami tidak sempat memakannya kerana kuih tersebut telah dicampakkan oleh insan yang tidak bertanggungjawab dan cerewet. Seharusnya, jika ingin membuang atau melakukan apa-apa perkara kita perlulah bertanya kepada pemilik barang tersebut. Seperti juga menggunakan barang orang lain tanpa kebenaran tentunya itu akan dinamakan pencuri. Hidup dalam satu bumbung dan satu rumah seharusnya kita perlulah bertoleransi dan bekerjasama, bukanlah dengan melakukan sebarang perkara dengan sesuka hati sehingga menyebabkan orang lain berada dalam kerugian.

No comments:

Post a Comment