Masyarakat Melayu pada zaman dahulu sering terdedah pada persekitaran yang dikelilingi oleh hutan rimba, kebun dan ladang, sungai dan laut menyebabkan mereka sering bertemu dengan banyak binatang. Bangsa Melayu hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan binatang, sama ada binatang itu binatang buas ataupun binatang ternakan.
Kalau ke kebun atau ke ladang, mereka akan bertemu lembu, kambing dan sebagainya yang biasanya dijadikan binantang ternakan sebagai punca pendapatan. Dengan itu, mereka dengan sendirinya mengenali binatang-binatang tersebut dan menjadikan percambahan idea dalam minda mereka untuk mencipta kata-kata indah seperti peribahasa.
Antara binatang yang sering menjadi tumpuan mereka sehingga ia disebut dalam peribahasa mereka ialah harimau, gajah, kera, anjing, serigala, kambing, kerbau, babi, ayam, rusa, kancil, singa, cacing, rama-rama, kura-kura, monyet, belalang, siput, arnab, merak, pipit, enggang, ular, kucing, katak, lembu, kutu, badak, kuda, dan belalang.
Contoh peribahasa tersebut :
Ayam:
- Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)
Cicak:
- Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati (gembira)
Kerbau
- Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain).
hal ini menunjukkan bahawa masyarakat kita sejak dari dahulu mempunyai pemikiran yang bijaksana sehingga dapat mencipta kata-kata yang begitu tinggi nilainya seperti penciptaan peribahasa.
Grand Sierra Casino Resort - MapyRO
ReplyDeleteGrand 나주 출장안마 Sierra Casino 부천 출장안마 Resort. 6011 Highland Ave, 울산광역 출장안마 CA 의왕 출장안마 92082 760-751-5000. (760) 751-6677. Location, Location. 부천 출장마사지 Incline Maps