Aku menaiki bas menuju ke Pahang pada jam 10.30 pagi. Perjalanan ke Pahang mengambil masa selama tiga jam, badan penat tetapi aku tidak dapat melelapkan mataku. Pelbagai perkara yang sedang berlegar-legar difikiranku. Di dalam bas tersebut juga aku duduk di tempat paling hadapan. Sewaktu melalui lebuh raya Pantai Timur pemandu tersebut telah memandu dengan laju menyebabkan aku semakin pening. Di waktu yang sama seorang kanak-kanak yang duduk bersama ibunya menangis kerana ketakutan. Bas tersebut juga kerap melintas seperti berlumba-lumba dengan bas-bas yang lain di atas jalan. Jantungku berdegup kencang, hanya yang mampu aku ucapkan hanyalah kalimah syahadah berulang kali. Apakah ini yang dinamakan pemandu yang berhemah? Akhirnya, pada jam 12.30 tengah hari aku tiba di Bandar Pusat Jengka Pahang dengan selamat walaupun cara pemanduan bas tersebut sangat menakutkan.
Seharusnya sebagai seorang pemandu bas yang memandu bas yang dipenuhi oleh 42 orang penumpang, pemandu tersebut perlulah memandu dengan berhati-hati dan tidak gopoh, bak kata pepatah ‘biar lambat asal selamat’.
No comments:
Post a Comment