4.3.11

Pengaruh Bahasa Dalam Filem dan Cerita.

Apabila melihat kembali sebuah filem yang tidak asing lagi dengan perkataan tersebut diambil daripada filem Hantu Kak Limah balik Rumah.  Masih juga saya membicarakan filem yang sama dalam entri ini.  Filem ini begitu mendapat tamparan yang begitu dahsyat kepada masyarakat bukan sahaja kepada golongan remaja, malahan golongan dewasa juga ada terikut-ikut mengucapkan perkataan tersebut apabila berguarau dengan rakan-rakan.  Selain itu, perkataan itu juga ada diucapkan oleh penyampai radio apabila bergurau senda bersama pendengarnya.  Hal ini menjadikan perkataan tersebut merupakan salah satu medium untuk menjadikan sesebuah komunikasi itu menjadi lebih mesra dan bersahaja.

Antara Perkataan yang biasa digunakan adalah “ce cite, ce cita” dan “kite bako aje”


Walaupun perkataan tersebut dianggap boleh mewujudkan kemesraan dalam berkomunikasi namun, penggunaannya haruslah mengikut situasi dan keadaan yang bersesuaian.  Justeru, perkataan yang diucapkan  oleh watak yang terdapat dalam sesebuah filem adakalanya begitu mempengaruhi penontonnya. Begitulah juga dengan watak-watak dalam cerita kartun yang banyak mempengaruhi minda kanak-kanak tanpa kita sedari kesantunan dalam berbahasa semakin berkurangan.

No comments:

Post a Comment