10.3.11

Dialek Pahang

Hari ini aku nak kongsikan bahasa pertuturan yang biasa aku gunakan di kampung ketika bersama ahli keluargaku dan seluruh sahabat-sahabatku yang berasal daripada Pahang Darul Makmur. Aku ingin berkongsi dialek ini kerana salah seorang teman serumahku telah bertanya tentang dialek Pahang yang sahabat ini kata sebuah dialek yang sangat unik kerana jarang didengari.  Antara contoh dialek Pahang yang biasa digunakan adalah:
Bil.
Kosa kata
Maksud
Ayat
1
Aok
awak
Aok nak pergi ke mana?
2
Bederau
Bergotong-royong
Aktiviti memasak di majlis itu telah dilakukan secara berderau.
3
Babir/babil
Degil
Johan merupakan seorang budak yang babir dan tidak mendengar nasihat kedua ibu bapanya.
4
Bahan
Pukul
Zulkifli telah dibahan oleh ibunya kerana tidak mahu menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
5
Berlengging
Tidak memakai baju
Oleh kerana panas, dia berlengging ketika tidur di ruang tamu.
6
Berlemin
Berminyak
Zarina berasa tidak selesa melakukan kerja kerana mukanya berlemin.

Dialek merupakan bahasa warisan setiap negeri. Apabila seseorang itu mengetahui tentang dialek, membuktikan bahawa dirinya mengetahui asal-usulnya. Hal ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu penuh berwarna-warni.

No comments:

Post a Comment